Sunday, 1 November 2015

Dunia tanpa pendirian

Perasaan ini bercampur aduk antara banyak perkara. Hidup ini sebenar terlalu banyak dugaan dan cabaran. Sekarang baru aku sedar bahwa hidup bukan setakat dapat makan dan dapat pakai tapi lebih dasyat daripada itu. Selama ini aku terlalu lalai dalam kehidupan aku. Terlalu selesa dengan dunia aku. Terlalu ambil mudah dalam semua perkara sehinggakan aku terlepas banyak perkara penting dalam hidup aku. Jiwa yang sentiasa kosong dulu aku ikut tanpa ada sebarang pertimbangan. Allah! jahilnya aku. Kini bila aku semakin hilang segalanya aku mulai sedar. Aku seperti manusia yang hidup semula. Seperti manusia yang baru dilahirkan Entah apa yang memberi detik kesedaran itu dalam hati ku. Aku tersedar dalam kepayahan meneruskan hidup, aku terfikir akan nasib yang bakal menimpa sedangkan aku masih lagi dengan duniaku yang tiada penghujung. Aku hanyut bersama kekecewaan yang aku sendiri cipta. Aku tidak hiraukan peluang yang datang malah aku menidakkan kebolehan aku untuk aku terus berada dalam dunia khayalan. Dunia aku yang penuh mainan yang tiada titik noktah. Aku selesa dengan cara aku yang tidak pernah serius. Yang hanya menganggap segalanya hanyalah satu permainan. Aku hanyut dengan pegangan aku yang tiada pendirian.

0 comments:

Post a Comment